Seakan tidak diduga, akhirnya hubungan rapat yang menjadi bualan ramai mengenai Sari Yanti dan Jep Sepahtu terjawab pabila hari ini pasangan merpati sejoli ini selamat dinikahkan sebagai suami dan isteri.
Pasangan selebriti ini melangsungkan pernikahan di Dewan Mercu Mustapha Kamal pagi tadi. Majlis tersebut diadakan secara tertutup dihadiri dengan lebih kurang 250 orang tetamu.
Meskipun segelintir pihak media yang berjaya menghidu akan majlis tersebut bakal berlangsung, mereka tidak sekali dibenarkan masuk untuk membuat liputan di lokasi tersebut.
Bahkan, tetamu yang diundang ke majlis tersebut turut dilarang untuk memuat naik sebarang gambar ke laman sosial sebelum ia dikongsikan atau diumumkan sendiri oleh pasangan ini.
Tengah hari ini, akaun Instagram milik Jep dan Sari memuat naik sekeping gambar pernikahan mereka. Gambar tersebut turut dilimpahi dengan komen-komen terkejut peminat serta ucapan tahniah kepada pasangan popular ini.
Ini merupakan perkahwinan kali ke-2 Sari yang berpisah dengan bekas suami, Mohd Eddy Casmadi pada tahun 2014. Mnerusi perkahwinan tersebut sebelum ini, Sari dan Eddy dikurniakan dengan dua orang anak iaitu Barr Al Aly dan Basit Al Haq.
Teka-teki mengenai hubungan dua selebriti ini mula tersebar pabila mereka memuat naik gambar bersama di akaun Instagram.
Apatah lagi pabila Sari menerusi akaun sosialnya telah melakukan luahan secara mengejut akan pandangannya terhadap Jep ketika dia sedang melakukan persembahan.
Masing-masing tidak mengiya atau menafikan akan hubungan mereka, akhirnya kedua-dua mereka selamat bergelar suami dan isteri. Turut menghadiri majlis tersebut adalah Wan Sharmila, Angah Raja Lawak, Azhael, Nazim Othman, Syazwan Zulkifly dan Abby Fana.
EH! ucapkan tahniah buat Sari Yanti dan Jep Sepahtu. Semoga selamat melayari bahtera perkahwinan ini dengan dikurniakan anak dan cucu sehingga ke akhir hayat hendaknya.