Sebelum ini Sari Yanti pernah meluahkan rasa cintanya kepada Jep Sepahtu di Live Instagram nya. Tetapi kali ini, mula tersebar pula berita di mana pasangan ini bakal bertunang tidak lama lagi.
Rata-rata pengikutnya teruja melihat pasangan ini sedang hangat bercinta. Menerusi laporan Kosmo Online, pasangan ini dikatakan bakal melangkah ke fasa baru iaitu tali pertunangan.
Majlis pertunangan itu bakal berlangsung pada bulan ini. Namun, pasangan ini seakan masih bermain teka-teki akan perkara ini. Tetapi mendengar pada kenyataan Jep baru-baru ini di rancangan Sepahtu Reunion Live, dia seolah memberikan gambaran bahawa hubungannya dan Sari Yanti bukan berteman biasa malah lebih dari sekadar kawan.
Yang terbaru, Jep menafikan akan berita pertunangan tersebut.
Katanya kepada Astro Gempak, “Bertunang? tak ada lah, mana ada. Saya tak baca pun apa yang keluar dan tidak tahu apa-apa mengenainya. Kami memang tiada perancangan untuk bertunang,” jelasnya.