Menurut The Sun, Abi mencanang kepada rakan-rakan bahawa Zayn terlalu taksub dengan dirinya dan perhubungan asmara mereka diibaratkan seperti filem Fifty Shades of Grey.
“Pengalaman saya bersamanya seperti kisah cinta Fifty Shades of Grey. Saya memanggilnya dengan gelaran ‘Mr Grey’. Kami seronok bersama,” katanya.
Perhubungan mereka dilaporkan bermula di Los Angeles namun berakhir tidak lama kemudian apabila Abi terlihat pesanan teks Gigi di telefon bimbit Zayn yang berbunyi, “Saya rindukan kamu.”
Enggan menjadi orang ketiga, Abi bertindak mengundur diri dan memutuskan perhubungan dengan pelantun lagu Pillowtalk itu. “Saya sangkakan mereka telah berpisah. Saya amat menyesal,” tambahnya.