Dalam dokumentari yang sama, bintang Manchester United itu beberapa kali mengulangi bahawa Georgina adalah wanita tepat buat dirinya walau mengakui ia bukanlah cinta pandang pertama.
“Pada awalnya saya tidak menyangka hubungan kami akan menjadi seteguh ini dan saya akan jatuh cinta kepadanya.
“Sejujurnya saya tidak menjangkakan perkara ini akan berlaku. Namun selepas beberapa ketika saya menyedari dia adalah wanita yang saya cari selama ini.”
Pasangan ini bertemu buat kali pertama pada 2016 ketika Georgina bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah butik Gucci di Madrid, Sepanyol.