Model kacukan Sepanyol-Argentina itu dilaporkan mencuri perhatian Ronaldo ketika mereka bertemu kali kedua di acara Dolce & Gabbana.
Sewaktu bertemu Georgina, pemenang anugerah Ballon d’Or itu telah pun memiliki seorang cahaya mata iaitu Cristiano Ronaldo Jr dan dikurniakan sepasang kembar, Eva Maria Dos Santos dan Mateo Ronaldo tidak lama kemudian. Kesemuanya dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang oleh dua wanita berbeza.
Lima bulan kemudian, pasangan itu menimang cahaya mata pertama mereka, Alana Martina Dos Santos Aveiro yang kini telah pun berusia empat tahun. Georgina kini sedang hamil anak kembar dan dijangka bakal melahirkan pada April 2022.
Foto: Getty Images
Baca: Cristiano Ronaldo Bakal Timang Cahaya Mata Kembar Sekali Lagi