Selain itu Camila turut mendedahkan alasan sebenar dia menghadiri uji bakat The X Factor ketika berusia 15 tahun. Akuinya, dia menyertai pertandingan itu dengan satu motif tersembunyi.
“Ini benar-benar memalukan namun saya berani berkongsi mengenainya kerana ia telah lama berlaku, 10 tahun lalu. ‘Saya menyertai uji bakat The X Factor kerana saya akan berkahwin dengan Harry Styles.’ Itulah yang benar-benar saya fikirkan ketika itu,” katanya. Camila mengakui jiwa remajanya percaya mereka akan jatuh cinta dan bergelar pasangan kekasih.
Camila bukan satu-satunya selebriti wanita yang memujai Harry dalam diam. Awal tahun lalu Miley Cyrus mendedahkan obsesinya pada penyanyi itu ketika menjadi tetamu jemputan rancangan radio British, Heart FM.
Akuinya Harry kelihatan amat menarik malah dia meminati dan memahami cita rasa Harry dalam berfesyen, terutama fishnets yang disarungnya dalam foto yang dirakam untuk Beauty Papers. “Kami mempunyai minat yang sama. Saya rasa berkongsi pakaian, berkongsi hidup bersama – ia masuk akal.”
Foto: Indulgexpress
Baca: ‘Like’ Foto Seksi Camila Cabello, Shawn Mendes Akui Kesunyian