Vaskulitis membuatkan sistem imun tubuh bercelaru dan boleh membawa kepada kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Antara individu terkenal yang terkorban akibat penyakit ini adalah putera kedua Sultan Brunei, Pengiran Muda Haji Abdul Azim yang mangkat pada 24 Oktober 2020 dan pelakon-pengarah Hollywood, Harold Ramis (2014).
Walau berdepan pengalaman menakutkan, Ashton tidak membiarkan vaskulitis mahupun sebarang cabaran hidup menjatuhkan dirinya. Malah dia melihatnya sebagai satu peluang untuk berkembang.
“Apabila anda mula melihat halangan sebagai takdir untuk memberi sesuatu yang anda perlukan, maka kehidupan akan bertukar menjadi keseronokan. Anda mula menyelami masalah dari permukaan, bukan hidup di bawahnya,” tambahnya.
Baca: Respons Lucu Ashton Kutcher Apabila Mila Kunis Tersenarai Dalam 100 Individu Paling Berpengaruh