Autism Malaysia mendefinisikan austisme sebagai gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat yang memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan seseorang untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti kanak-kanak biasa.
Ia juga dikenali sebagai kondisi spektrum yang mempengaruhi orang secara berbeza dan pada tahap berbeza. Tanda-tanda autisme biasanya akan muncul dalam diri individu antara usia dua hingga tiga tahun.
Miller turut menjelaskan dia tidak akan mengubah satu apa pun mengenai diagnosisnya. Walaupun mengakui masih banyak yang perlu dipelajarinya mengenai autisme, dia berkata penyakit inilah yang membantunya mencapai apa yang dikecapinya hari ini.