Sehingga semalam, hantaran tersebut telah pun menerima lebih 114,000 respons daripada peminat termasuk pelawak, Billy Eicher dan bintang 13 Reasons Why, Brandon Flynn.
Kebanyakan komen memuji kejujuran dan keberanian pelakon itu. “Saya didiagnos menghidap autisme pada usia 30 tahun dan ia merupakan satu hadiah yang unik. Luahan hati anda amat tulus. Sangat mendamaikan jiwa,” tulis seorang peminat.
Seorang lagi menambah, “Kejujuran anda mendedahkan perjalanan hidup sentiasa membuatkan saya kagum. Kami akan sentiasa menyokong dan menyayangi anda.”
Miller sebelum ini pernah mendedahkan pergelutannya dengan masalah kesihatan mental dan bagaimana dia cuba meragut nyawa sendiri ketika remaja.
Foto: Getty Images
Baca: Anak Didiagnos Disleksia, Gwen Stefani Baru Sedar Dirinya Menghidap Penyakit Sama