Alasannya cukup jelas terutama bagi mereka yang mengikuti turun naik kerjaya pelakon kesayangan ramai itu sejak beberapa dekad lalu.
“Ia disebabkan sejarah saya bersama mereka. Dan saya tidak dibesarkan oleh ibu saya untuk menjadi seorang hipokrit. Anda boleh memanggil saya dengan apa jua gelaran tetapi bukan hipokrit,” tambahnya.
Pada 2018, Brendan menjadi tajuk utama apabila mendedahkan jatuh bangunnya di Hollywood buat kali pertama termasuk impak buruk aksi lagak ngeri terhadap tubuhnya selama bertahun-tahun.
Dia turut berkongsi satu dakwaan yang amat mengejutkan. Jelasnya, Philip Berk yang merupakan bekas presiden dan ahli Hollywood Foreign Press Association (HFPA), organisasi di sebalik Golden Globe pernah meraba dan menyerangnya pada 2003. Philip bagaimanapun menafikan dakwaan itu.