Selepas pendedahan itu tersebar, HFPA mengeluarkan satu kenyataan menyatakan mereka menentang gangguan seksual dan tingkah laku tidak bermoral seperti yang dilaporkan Brendan.
Bagaimanapun selepas melakukan siasatan dalaman, HFPA ‘berpaling tadah’ dan membuat kesimpulan bahawa Philip “menyentuh Brendan secara tidak wajar dengan tujuan bergurau senda, bukan untuk melakukan gangguan seksual.”
Philip kekal aktif sebagai ahli HFPA sehinggalah dia dipecat pada 2021 kerana menggelar Black Lives Matter sebagai “gerakan penuh kebencian yang bersifat perkauman.”
Baca: Terima Standing Ovation Enam Minit, Brendan Fraser Menitiskan Air Mata