Kerana rakaman video langsung di televisyen, peminat terkejut dengan perubahan wajah dan berat badan Selena Gomez.
Selena Gomez berkongsi kepada peminatnya tentang kesihatan dan penyakit lupusnya, yang bakal ‘memakan’ dalaman badan membuatkan dia kini kelihatan lebih berisi dan muka seperti bengkak. Melalui perkongsian di Tiktok Live minggu lalu, Selena menjelaskan bahawa penampilan terkininya adalah kesan daripada ubat yang diambilnya.
Ubat yang diamalkannya itu dikatakan membantu mengawal penyebaran Lupus di dalam badannya, sekali gus menampung berat air di dalam badan, membuatkan proses sakitnya kurang dirasai. Segelintir peminat pada awalnya menganggap Selena telah melakukan pembedahan plastik kerana impak imej – bengkak pada pipi, mulut dan bentuk wajah sungguh berbeza berbanding penampilannya pada akhir tahun 2022.
@selenagomez 6 m flight be like
Namun peminat setia Selena tegas menyatakan bahawa ia adalah kesan daripada penyakitnya, Lupus. Disebabkan oleh penekanan media dan peminat, Selena memecahkan tanda tanya dan menjawab; “Ubat saya adalah penting, dan saya percaya ia membantu saya untuk kembali sihat walaupun ia mengubah bentuk badan saya.”
Diasak dengan kritikan berat badan dari dahulu lagi, Selena ‘penat’ dengan tuduhan yang dilontarkan hingga memaksanya untuk mengadakan Live di Tiktok, ditonton seramai 100K penonton. Walaupun sering dikritik, Selena tetapi tampil positif dan tidak mengendahkan kritikan negatif peminat.
Menurut NHS (National Health Service), lupus adalah penyakit yang kompleks dan masih kurang penyelidikan penawar namun diketahui ia akan menjejaskan banyak bahagian badan hingga mengancam nyawa. Lupus juga dikenali sebagai penyakit yang berbahaya kerana ia tidak boleh diubati di mana-mana sistem imun dalam badan menyebabkan Lupus merebak menjadi hiperaktif dan menyerang tisu normal dalam badan. Penyakit ini hanya boleh diuruskan dengan mengamalkan ubat penahan sakit sementara.
Pada 2017, Selena mendedahkan dia mempunyai pemindahan buah pinggang yang dikaitkan dengan penyakit lupusnya. Pada tahun 2015, penyanyi “Lose You To Love Me” itu berkongsi bahawa dia telah didiagnosis dengan lupus, iaitu keadaan jangka hayat tidak panjang dan tidak boleh diubati.
Artikel berkaitan: Selena Gomez Dikecam Peminat Kerana Mempersendakan Hailey Bieber