Putera Harry berikrar untuk meneruskan legasi mendiang ibunya, Puteri Diana dalam memerangi HIV.
Menerusi satu panggilan video bersama bintang ragbi Gareth Thomas yang juga rakannya, Putera Harry menggesa rakyat Britain mendapatkan pemeriksaan Sempena Minggu Ujian HIV Kebangsaan.
Terdapat kira-kira 105,000 penghidap HIV di United Kingdom – dua pertiga daripadanya adalah lelaki – dan sebahagian besar didiagnos setelah menjalani ujian. Sekitar 1,000 kes baharu dilaporkan daripada satu juta ujian yang dijalankan setiap tahun.