Putera Harry menyifatkan dirinya sebagai seorang lelaki biasa yang hanya mahu memperbetulkan keadaan dan mengakui bertanggungjawab untuk meneruskan usaha mendiang ibunya dalam menghapuskan stigma mengenai virus itu.
“Saya tidak akan mampu menggantikan tempatnya terutama dalam tanggungjawab khusus ini. Dengan apa yang mendiang telah lakukan, apa yang dia percaya dan betapa lantangnya dia dalam isu ini, semua sudut berbeza bercantum menjadi satu.
“Terdapat jalan keluar untuk masalah ini. Dan jika kita tahu ada penyelesaiannya, saya seperti lelaki biasa lain mahu membantu perbetulkan keadaan,” jelasnya.
Buat masa ini sekitar 105,000 rakyat Britain dilaporkan menghidap penyakit itu dan Putera Harry percaya angka tersebut mampu menjadi sifar menjelang 2030 dengan menormalkan ujian HIV.