Ketika hayatnya, Puteri Diana berusaha menghapuskan mitos dan kisah menakutkan yang menyelubungi HIV sekitar tahun 80-an dan 90-an. Dia menghabiskan banyak masa bersama pesakit dan berjuang mendapatkan liputan media demi membela nasib mereka.
Princess of Wales yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Paris, Perancis pada 1997 berjaya mengubah persepsi dunia mengenai HIV dan AIDS, meningkatkan kesedaran mengenai penyakit itu dan menyokong hospis.
Pada penghujung tahun 80-an kala orang ramai masih percaya penyakit itu boleh dijangkiti melalui sentuhan biasa, Puteri Diana mengubah persepsi itu dengan duduk di tepi katil seorang pesakit lelaki dan memegang tangannya.