Putera Harry turut menjelaskan bagaimana virus itu dianggap sebagai ‘hukuman mati’ buat mereka yang menghidapinya, namun kini ia dikategorikan sebagai panyakit yang mampu dikawal.
Dia memuji sifat empati dan rasa ingin tahu yang ada dalam diri ibunya. “Apa yang ibu saya dan orang ramai lakukan pada waktu itu adalah untuk meruntuhkan tembok yang menghalangi, menendang pintu sehingga terbuka dan berkata, ‘Apabila orang lain menderita, kita perlu mempelajari dengan lebih banyak lagi.’
“Saya telah melihat perubahan besar. Kini orang ramai mampu bercakap mengenai HIV dengan lebih terbuka,” tambahnya.
Foto: Lofficielusa
Baca: Pekerjaan Pertama Putera Harry Sejak Meninggalkan Istana Buckingham