“Pada mulanya saya berasa hilang arah apabila mendapat tahu anak dijangkiti Covid-19. Saya tergerak hati untuk membuat ujian saringan ke atas anak selepas melihat kesukarannya untuk bernafas dan matanya berair.
“Selalunya bayi kecil jarang berdepan dengan situasi sebegitu. Sebelum ini Amir menangis tanpa mengeluarkan air mata tetapi saya pelik kerana ketika itu, air matanya mengalir.
“Secara kebetulan sebelum ini keluarga saya turut disahkan positif. Saya dan suami enggan mengambil risiko jadi kami terus membuat pemeriksaan dan ternyata Amir juga positif Covid-19,” jelasnya.