Anda telah memberikan impak yang kuat melalui ‘The World of the Married’, saya merasakan pasti sukar untuk memilih siri yang seterusnya. Mengapa anda memilih ‘Nevertheless’?
Han So-hee: Saya adalah peminat tegar webtoon asal siri ini, saya merasakan siri ini memfokuskan kepada perasan dan emosi yang semua akan merasai apabila kita sedang bercinta. Saya juga merasakan ia adalah seperti kisah romantik yang berbeza. Sebagai seorang aktres, saya merasakan ini adalah peluang keemasan buat saya untuk mencuba watak seperti ini sebagai pelakon pada umur saya sekarang.
Anda berdua menerima banyak kritikan positif di atas talian untuk siri ini, dan terdapat banyak perbualan terutamanya mengenai Han So-hee yang dikatakan sangat serupa dengan karakter di dalam webtoon asal. Adakah karakter ini membebankan buat anda?
Han So-hee: Ramai yang telah memberitahu saya yang watak ini sangat berbeza dengan watak yang saya mainkan sebelum ini. Tetapi dalam melakonkan watak Yu Na-bi ini, kerana saya berkongsi banyak persamaan dengan watak ini, saya berasa lebih dekat dengan diri saya dan tidak banyak transformasi. Oleh itu, saya dapat fokus and memberikan diri saya yang sebenar kepada watak ini.