Pada pendapat anda, apa yang akan membuat penonton tertarik dengan watak anda?
Han So-hee: Saya tidak mengatakan ia seperti tarikan, tetapi saya berharap penonton akan berasa dekat dengan karakter saya. Dan saya harap penceritaan melalui karakter saya dapat dirasai oleh ramai orang. Saya cuba untuk menjadikannya serealistik mungkin dalam persembahan lakonan saya. Saya mahu menjadi lebih raw dalam melantangkan emosi karakter saya.
Menurut pengarah siri, Kim Ga-ram, dia meminta anda untuk menggabungkan satu sudu watak Park Jae-eon dalam diri Song Kang atau sebaliknya. Kedua-duanya pasti sukar, tetapi mana satu yang lebih mudah?
Song Kang: Saya banyak berfikir mengenainya dan bagaimana saya mahu memainkan watak Park Jae-eon ini. Saya banyak memikirkannya. Saya banyak berbincang dengan pengarah Kim Ga-Ram untuk menjayakan watak ini.