Bagaimana anda melihat diri anda dalam watak masing-masing?
Han So-hee: Yu Na-bi tahu ini adalah perhubungan yang bahaya tetapi tetap meneruskannya. Pada masa dulu, saya akan mengikuti jejak Na-bi. Tetapi kini selepas pernah melaluinya sendiri, saya boleh berasa memahami dan juga berada kasihan kepada Na-bi. Dengan itu, saya tidak merasakan saya 100 peratus seperti Na-bi. Mungkin hanya 50 peratus sahaja.
Song Kang: Saya merasakan separuh-separuh juga.
Untuk tampil serupa dengan watak dalam webtoon asal, ada bahagian-bahagian tertentu yang anda fokus ketika berlakon?
Han So-hee: Na-bi menyimpan perasaan buat Jae-eon. Ianya mengikut naluri hati. Dia benar-benar tertarik kepada Jae-eon. Oleh itu, saya mahu pastikan saya juga mahu berlakon mengikut naluri dan hati saya. Seperti yang saya cakap sebelum ini, saya memberikan fokus di set penggambaran kerana emosinya berubah setiap masa dan saya berbincang dengan pengarah pada setiap masa. Apabila saya merasakan sesuatu perasaan baharu saya akan gunakan dalam adegan penggambaran .
Song Kang: Melihat pada watak Jae-eon, dia kelihatan seperti seorang lelaki yang baik. Tetapi dia mempunyai karakter seperti tidak mempunyai perasaan dan saya mahu pastikan saya menonjolkannya. Saya juga merasakan saya mahu kelihatan lebih segak dan sharp. Oleh itu, saya mengamalkan diet dan kehilangan lima kilogram untuk watak Park Jae-eon.