Watak anda tidak mahu menjalinkan perhubungan dan ‘Nevertheless’ dia jatuh cinta juga. Pasti sukar untuk mengikuti perjalanan emosi. Apakah yang anda lakukan untuk memberikan emosi dan perasaan yang berbeza?
Han So-hee: Saya tidak mahu manipulasikan emosi kerana saya merasakan jatuh cinta itu boleh berlaku pada bila-bila masa. Saya hanya fokus pada setiap momen di set penggambaran. Ini kerana Na-bi tidak merasakan patut menyukai Jae-eon tetapi dia telah jatuh cinta dan saya percaya dia melakukannya dengan sebab itu agar saya dapat fokus kepada karakter saya. Saya tidak mengikuti emosi, tetapi sebalik saya bermain dengan emosinya.
Jae-eon adalah watak yang cukup menggoda, dan pasti sukar untuk melakonkannya. Bagaimana mana anda fokus untuk memainkan watak itu?
Song Kang: Saya mahu pastikan karakter tiada perasaan itu ditonjolkan. Jae-eon adalah watak yang skar untuk saya gambarkan dan saya mahu mempersembahkan sisi tersebut. Saya banyak berfikir mengenai watak ini. Oleh kerana So-hee sangat serupa dengan watak Na-bi, saya juga merasakan emosinya. Dia kelihatan sama seperti Na-bi.