Bagaimana keadaan di set penggambaran bersama pelakon lain?
Han So-hee: Jika anda tonton siri ini nanti Jae-eon tidak berada dalam kelas yang sama. Kami banyak melakukan penggambaran di luar Seoul, dan kami, terutamanya empat pelakon wanita yang lain termasuk saya akan keluar minum bersama-sama. Adakalanya muka kami akan bengkak keesokan harinya di set kerana kami minum terlalu banyak. Kami menjadi sahabat baik dan ianya banyak membantu lakonan kami.
Song Kang: Kerana watak Jae-eon berada di dalam kelas berlainan, semua adegan yang dilakukan di dalam kelas tidak akan melibatkan Jae-Eon. Saya sangat cemburu kerana saya akan berada jauh daripada mereka. Dan usia kami yang hampir sama, saya berasa sangat selesa seperti berada di kolej bersama. Setiap karakter mempunyai tarikan tersendiri, dan saya harap peminat dapat menontonnya nanti.
Seperti watak Jae-eon, adakah anda meminati subjek seni?
Song Kang: Jae-eon banyak bekerja dengan besi dan metal. Saya juga belajar seni tukangan metal. Saya juga mencuba seni pembuatan kaca. Saya terus jatuh cinta. Saya cuba menjadikannya hobi baharu selepas tamat penggambaran. Saya betul-betul seronok mempelajari kesemuanya.