Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Arkib EH!
Ramai yang tertanya-tanya adakah Amyra Rosli menjalinkan hubungan cinta bersama Amar Baharin? Namun hakikatnya Amyra dan Amar hanyalah bersahabat baik dan sangat akrab. Menerusi perbualan terus bersama pelakon jelita yang sering digandingkan bersama Amar ini, Amyra menyatakan bahawa hubungannya bersama Amar hanyalah kawan rapat sahaja. Yang mana, Amar juga diuruskan oleh ibu Amyra sendiri.
“Orang tahu yang Myra close dengan Amar very close, memang di antara lelaki yang Myra paling rapat sekarang ini. Tambah pula dia juga di manage oleh ibu Myra. Myra ni susah nak rapat dengan lelaki sebenarnya tetapi Myra dah kenal dia dah lama. Sekarang ini baru kitorang rapat because of bila kita bekerja sama-sama, so hubungan itu jadi makin close. Ikatan apa-apa itu tiada, tetapi Myra boleh cakap yang he’s my bestfriend. Kami share everything. So konsep dan pendirian Myra ni, selagi Myra tiada siapa yang berjabat tangan bersama Tok Kadi dengan nama Myra tu, Myra rasa tak perlu Myra nak war-warkan pada sesiapa. Sebab kalau nak kata Myra suka siapa-siapa pun mungkin benda itu akan Myra umumkan dengan kad kahwin nanti”
“Myra jenis yang tak suka nak bercinta lama-lama,” ujarnya kepada EH! ketika ditemui selepas habis penggambarannya bersama team majalah Cosmopolitan.
Pabila ditanya lagi tentang gosipnya yang menjalinkan hubungan cinta bersama kerabat Diraja dan Amyra menjawab
“Haa yang itu dahsyat gila. Myra bersahabat dengan semua orang. Jadi, Myra pun tak tahu siapa yang anak kerabat tu. Tetapi kalau nak kata bercinta dengan anak kerabat itu tiada. Cuma Myra tidak tahu siapa kawan Myra yang mempunyai status anak kerabat Diraja ini,” katanya.
Tambahnya lagi, “Sebab Myra ini jenis yang kerja, kerja, kerja dan kerja sekarang ini. So bila nak cakap Myra bercinta itu memang tidak ada. Bahkan Amar pun hanya rapat sahaja. Untuk bercinta, macam Myra, masa itu tidak ada seperti untuk keluar bertemu janji semua itu memang tidak ada.”
Ditanya kepada aktres wanita yang berwajah manis menawan ini apakah karakter seorang lelaki yang Amyra sukakan dan menurutnya
“Myra sukakan lelaki yang berkarakter funny, dan matang itu sangat penting bagi Myra. Myra rimas dengan lelaki yang terlalu banyak sangat bercakap di khalayak ramai. Yang terlalu peramah itu memang bukan pilihan Myra. Bagi Myra, Myra lebih mudah mendekati dengan orang yang tidak suka menjaga tepi kain orang, bergaul pun tahu batasnya, so itu yang menjadi attraction Myra. Myra nak lelaki yang bila Myra tak mendekatinya, dia tahu juga untuk menjaga batasnya. Sebab kalau orang yang peramah yang tidak bertempat ini, mungkin kalau dia bersama dengan Myra dan tiba-tiba Myra tidak berada berdekatan dengannya dia boleh mencari sesiapa. So, Myra lebih suka lelaki yang pendiam dan lebih jaga hal sendiri.”
Perkembangan terbarunya kini Amyra sedang sibuk dengan penggambaran drama “Tersuka Tanpa Sengaja”. Katanya lagi, di dalam drama ini Amyra juga digandingkan bersama Amar Baharin sekali lagi.