Teks: Arkib EH! Feb 2008
Siapa yang tidak kenal pada aktor kelahiran Indonesia yang disukai ramai ini. Mula terkenal sejak memainkan watak utama dalam filem Ada Apa Dengan Cinta pada tahun 2002 yang digandingkan bersama Dian Sastrowardoyo.
Pada ketika itu, filem romantis anak muda ini menjadi sebuah filem hits tidak kira di Indonesia mahu pun di luar negara. Bahkan sehingga kini filem ini masih lagi menjadi filem pilihan ramai. Nicholas akui yang dirinya sebenarnya seorang yang romantik apabila menyentuh soal cinta.
“Saya juga seorang yang romantik tetapi dalam situasi yang cukup personal,” ujar Nicholas.
Tahun lalu, aplikasi telefon pintar LINE munculkan kembali gandingan Nicholas bersama Dian melalui filem pendek AADC2. Kala itu bermulalah permintaan ramai untuk filem ini di sambung semula dan usul untuk pembikinan filem AADC2 pun terhasil seterusnya menghasilkan sequel Ada Apa Dengan Cinta 2 yang bakal ditayangkan pada 28 April 2016 nanti.
EH! berkesempatan untuk menemu ramah Nicholas Saputra yang bercakap soal ‘cinta’. Ikuti temubual penuh di bawah.
Apa yang anda tahu tentang cinta?
Cintu itu adalah energi dan manis seperti gula.
Detik pertama anda tahu anda jatuh cinta?
When I get butterflies in my stomach whenever I see her or be around her. And when I can’t get enough of her.
Kuasa cinta?
Seperti yang saya katakan, cinta itu adalah seperti suatu energi yang berupaya memberikan semangat untuk melakukan apa sahaja. And it is not even tiring!
Cinta lokasi. Pernah terjebak dengannya?
Pernah jatuh cinta di lokasi tapi tidak pernah rasa terjebak.
Epik cinta yang anda kagumi?
Saya mengkagumi epik cinta di sebalik pembinaan Taj Mahal yang pada pendapat saya sehingga kini merupakan satu ‘architectural beauty that has never been surpassed.’ To me it is a story of devotion in a structural form. Because of love, he built a lasting monument for her. I think that’s pretty intense. Kata orang tiada ungkapan yang dapat menggambarkan secara tepat kecantikan seni bina Taj Mahal terutama di waktu awal pagi. Kata orang lagi, semasa bulan penuh, Taj Mahal seems to glow in the light of the full moon. That must be a very beautiful sight!
Cinta agung. Apa yang anda faham tentangnya?
Saya menyifatkan cinta agung sebagai kasih sayang terhadap ibubapa dan sebaliknya. Saling menyayangi, saling melindungi dan menjaga satu sama lain tanpa mengharapkan balasan. That is my type of cinta agung.
Cinta tiga segi?
Secara jujurnya, saya tidak begitu arif tentang cinta tiga segi. Yang pasti kisah Bill Clinton-Monica Lewisky- Hillary Clinton telah menggegarkan dunia suatu ketika dahulu sudah semestinya satu kisah cinta tiga segi. There is always someone getting hurt in the situation.
Ungkapan ayat falsafah cinta terindah daripada Nicholas?
Cinta itu adalah satu energi.