Di sebalik senyuman manis dan kandungan segar di media sosial, Divya adalah seorang yang penuh dedikasi serta sentiasa mencari ruang untuk berkembang. Dari cabaran mencipta idea kreatif hinggalah kenangan manis yang dirindui pada zaman kolej, ikuti temu bual eksklusif EH! bersama gadis muda yang benar-benar menyerlahkan maksud beauty with brain ini.
Apa yang Divya paling suka tentang menjadi seorang pencipta kandungan?
Saya suka dapat berhubung dengan orang yang menonton video saya dan rasa dekat dengan apa yang saya kongsikan. Sangat berbaloi bila nampak kandungan saya boleh memberi inspirasi, hiburan, atau sekurang-kurangnya menceriakan hari seseorang.
Apakah cabaran utama yang Divya hadapi sebagai pencipta kandungan?
Mencari idea baru dan kreatif sepanjang masa memang mencabar. Saya mahu setiap hantaran atau video rasa segar dan menarik, walaupun kadang-kadang meletihkan tapi sebenarnya sangat menyeronokkan juga.
Kongsi 3 aplikasi kegemaran di telefon Divya?
YouTube, TikTok, Instagram.
Siapa pencipta kandungan kegemaran Divya dan kenapa?
Saya suka menonton Rhegan777 di TikTok. Saya suka cara dia yang autentik, mudah didekati, dan sentiasa jadi diri sendiri — itu sangat memberi inspirasi kepada saya.
Bagaimana Divya kekal mendapat inspirasi?
Saya kekal berinspirasi kerana ada dorongan berterusan untuk sentiasa memperbaiki diri dan buat lebih baik. Tak pasti sama ada itu sebab saya terlalu keras pada diri sendiri atau tidak, tapi itulah yang berkesan untuk saya.
Mana lebih susah, mencari muzik yang sesuai atau menulis kapsyen?
Menulis kapsyen, sudah tentu. Saya selalu guna emoji saja sebagai kapsyen.
Apa yang Divya rindukan tentang zaman sekolah atau kolej?
Saya rindu suasana kehidupan kolej. Komuniti, kawan-kawan, dan semua momen kecil yang menjadikan setiap hari rasa penuh.
Adakah Divya masih berhubung dengan kawan-kawan dari sekolah?
Ya! Walaupun masing-masing dah ikut haluan sendiri, saya masih berhubung dengan kawan rapat dari sekolah — sama ada melalui panggilan, mesej, atau kadang-kadang jumpa bersemuka.
Pengarah Kreatif & Konsep: Khairul Abidin | Fotografi: Edmund |Penata Gaya: Erdina | Penerbit Kandungan Digital: Farah Ain & Erdina | Solekan: Elmanda | Dandanan: Miedy Daniel
Baca: