Tindakan Robbie menjual kesemua harta miliknya adalah kerana dia kini perlu membahagikan masanya bukan sahaja di Amerika Syarikat, tetapi juga United Kingdom dan Australia atas tuntutan kerjaya.
Malah disebabkan kesibukan itu juga dia mempertimbangkan rancangan untuk menyekolahkan anak-anaknya di rumah sahaja supaya mereka dapat terus meluangkan masa bersama sebagai sebuah keluarga.
“Masa depan empat anak kami juga masih menjadi teka-teki. Jika mereka bersekolah, pasti susah untuk kami bertemu kerana saya tidak tinggal setempat dan perlu bekerja ke sana ke sini,” ujarnya.
Robbie kini dikhabarkan sedang sibuk menjalani penggambaran filem biopik mengenai dirinya sendiri, Better Me di Melbourne, Australia.
Foto: Twitter