“Adakah anda rasa zaman kanak-kanak anda ‘hilang’ kerana anda berlakon sejak kecil lagi?”
“Tidak hilang, sebaliknya rasa lebih menyeronokkan. Saya membesar di Kuala Lumpur pada era 90-an. Jika bukan kerana penggambaran saya mungkin tidak dapat merasa mandi sungai atau cuba mainan kampung seperti baling seliper. Kadang-kala saya sendiri keliru dengan memori-memori ini, mana satu drama, mana satu realiti!”
Kini Aedy sibuk berlakon untuk drama Dendam Aurora 100 episod di bawah penerbitan Global Station Sdn Bhd. Menurutnya, dia telah terlibat dalam projek ini selama 5 bulan dan bulan Disember ini bakal tamat penggambarannya. Sebelum ini, dia juga terlibat dengan beberapa drama termasuk Lara Aishah serta Hero Seorang Cinderella. Aedy akui bahawa wataknya John dalam Lara Aishah antara watak yang paling diingati oleh peminat-peminatnya. Namun bagi Aedy sendiri, watak yang paling sukar untuk dia lakonkan adalah untuk telemovie Imam Bisu arahan Isqandar Jebat yang ditayangkan di Astro Oasis.
“Saya memegang watak utama yang mana dia seorang budak bisu yang mempunyai cita-cita untuk melaungkan azan di sebuah surau. Ia antara watak yang paling susah dan paling mencabar untuk saya lakonkan. Saya diberikan masa hanya 3 hari untuk belajar tentang watak tersebut dan belajar untuk bercakap cara bisu sebelum penggambaran bermula. Semuanya terhasil pabila televemovie tersebut mendapat highest rating di saluran Oasis pada tahun 2016,” jawab Aedy dengan penuh bangga.
Laman sosial Aedy juga sering diperkatakan oleh ramai yang mana transisinya sebagai pelakon kanak-kanak ke pelakon dewasa dianggap drastik oleh peminat-peminatnya. Bahkan ada juga yang mengatakan bahawa Aedy cuba mempamerkan persona ‘bad boy’.
“Adakah ini cara anda untuk stand out dalam industri?” saya susulkan soalan seterusnya dan pantas dia menjawab dengan penuh tenang.
“Bagi saya, apa yang orang nampak di laman sosial adalah kehidupan peribadi saya. Saya tidak cuba menjadi fake atau menjadi orang lain. Saya gemar melihat laman-laman sosial yang lain seperti laman sosial Justin Bieber yang hadir dengan gaya sendiri. Saya juga mahu cuba gaya sendiri.”
“Namun ada yang menganggap sesetengah imej anda muatnaik membawa unsur kontroversi terutamanya pabila imej ini mendapat pelbagai reaksi terutamanya daripada peminat wanita. Adakah anda cuba memanipulasi sosial media ini sebagai comeback anda?” tanya saya lagi.