Berbekalkan rupa, bakat dan karisma yang disenangi, Aniq Suhair kini sedang sibuk mencipta nama dalam memeriahkan industri seni lakonan tempatan untuk mengejar impiannya menjadi seorang superstar satu hari nanti.
Wajah milik jejaka berusia 20 tahun ini kian rancak mewarnai kaca televisyen. Namanya kini mula menjadi bualan ramai. Aniq Suhair mempunyai bakat dan karisma yang disenangi untuk mencipta nama dalam industri hiburan tempatan untuk mengejar cita-cita menjadi seorang superstar satu hari nanti. Baharu-baharu ini, dia yang lahir dari sebuah program realiti ini telah meluaskan perniagaannya dengan pembukaan cawangan Subway yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. Ayuh kenali bintang muda yang semakin bersinar terang ini.
Teks/Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN Pengarah Kreatif KHAIRUL ABIDIN Foto EDMUND LEE (ONE3FOUR STUDIO) Solekan SYED FAIZAL SYED NOH Dandanan JUNO KO Pakaian COACH, SALVATORE FERRAGAMO & GUCCI
Apakah perkembangan terkini Aniq?
Mulai 29 Mac 2021 ini, saya akan membintangi drama baharu, “Tak Sempurna Mencintaimu” di slot Akasia TV3 pada setiap hari pada jam 7 malam. Ia turut menampilkan Redza Rosli, Intan Najuwa, Rita Nadira dan ramai lagi.
Sepanjang PKP lalu, saya sedang berlakon dalam telefilem “Comel” dan baru selesai penggambaran telefilem “Watch Me Glow” bersama kumpulan Dolla. Dalam telefilem itu, saya menjadi boyfriend kepada Sabronzo.
Anda memang minat berlakon dari dulu?
Saya memang teringin nak berlakon ketika menonton drama di televsiyen. Selepas mengertai program realiti itu, saya rasa lebih selesa untuk bercakap di hadapan kamera. Saya terus minat untuk berlakon. Kalau saya polish lagi bakat saya ini, saya dapat push lagi nanti.
Sebenarnya, saya teringin juga untuk menjadi seperti Elon Musk hahaha. Of course, saya mahu dream big tetapi kena selari dengan apa yang saya lakukan sekarang. Takkan saya mahu berhenti berlakon. But why not kalau kita dapat cuba sesuatu yang baharu. Betul ianya sangat risky, tapi sekarang saya mahu fokus apa yang ada di depan mata.
Sejak anda terjun ke dalam industri hiburan, apakah perkara yang anda tidak jangkakan?
Selepas mengertai program realiti itu, saya tidak expect saya dapat apa yang saya mahu dan berubah ke arah untuk mengejar impian saya. Ianya sangat-sangat unexpected. Saya dapat peluang untuk berlakon dalam drama. Semua itu adalah rezeki. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang memberikan saya peluang dan kepercayaan dalam bidang lakonan. Saya berjanji akan menjadi lebih baik dan melakukan terbaik sebagai pelapis industri lakonan yang berkualiti.
Pernah mengalami pengalaman yang buruk?
Tiada lagi pengalaman yang buruk sehingga kini. Semuanya adalah satu learning process buat saya. Setiap kali saya pergi set penggambaran saya belajar perkara baharu, Banyak yang tidak pernah saya lalui sebelum ini. Saya banyak belajar di set penggambaran.
Apakah impian Aniq dalam masa lima tahun?
Saya mahu menjadi superstar! Saya ingin menjadi seorang yang mampu memberikan impak yang besar terhadap masyarakat. Dari apa yang saya cakap itu ada maksud yang tersirat. Mungkin dalam lima tahun lagi kita akan tahu apa maksud tersirat itu nanti. Saya tidak boleh kongsikan lagi rancangan dan misi saya. Tetapi impian saya mahu menjadi superstar yang mampu memberikan inspirasi untuk menjadi lebih baik. Terutamanya supaya orang Melayu kita nampak lagi stail!
Siapakah idola anda untuk menjadi superstar nanti?
Kalau lokal, saya memandang tinggi Neelofa dari segi bisnes. Dato’ Hans Isaac juga salah seorang idola saya, dari segi bisnes dan juga lakonan. Kalau idola antarabangsa pula, dari segi lakonan saya sukakan Scott Adkins. Dia banyak berlakon filem aksi seperti filem X-Men.
Sebenarnya saya teringin untuk berlakon dalam filem aksi. Saya nak tunjuk saya mampu melakonkan watak aksi, tanpa perlukan bantuan stuntman. Tetapi sekarang, saya mahu fokus kepada drama dahulu. Saya mahu berlakon sebanyak drama yang boleh. Saya tidak kisah pegang watak apa, tetapi kalau love story lagi bagus. Saya suka bermain dengan emosi dan ekspresi, saya memang suka berlakon dalam love story. Saya mahu rasa cinta yang ‘sebenar’ ketika dalam set penggambaran.
Selain berlakon, apakah yang anda lakukan sekarang?
Saya masih lagi belajar dalam jurusan pengurusan perniagaan di sebuah kolej di Petaling Jaya. Saya juga sedang menjalankan beberapa bisnes bersama keluarga.
Apakah yang Aniq lakukan jika ada masa lapang?
Sports! Selepas PKP ini, aktiviti sukan semua sudah dibenarkan. Saya aktif juga lagi-lagi setiap hujung minggu saya akan bermain futsal. Saya juga workout di rumah di setiap hari.
Bagaimana anda workout di rumah?
Saya banyak lakukan compound exercises atau weightlifting. Saya mahu badan yang lebih bulky. Not too big, not too small, just nice. Supaya dapat pegang pelbagai karakter. Kalau ada rezeki nanti dapat tawaran watak hero, badan sangat penting dalam memainkan karakter utama.
Saya juga banyak belajar berlakon. Saya mahu asah lagi bakat lakonan saya. Selain kelas online, saya merancang untuk mengambil kelas lakonan bersama Fauziah Nawi.
Apakah rutin skincare anda?
Kulit saya teruk sekarang. Dengan cuaca sekarang, saya pakai SPF50 pun tidak membantu. Kulit saya juga mengalami dehidrasi. Rutin saya simple sahaja, saya tidak juga toner semua. Saya letak gel aloe vera dan sunscreen. Dan saya pakai mask setiap minggu, itu sahaja.
Kalau bicara tentang fesyen, apakah gaya yang Aniq minat?
Saya sukakan gaya yang classy. Stail saya suka kasual yang lebih relaks, Tidak terlalu fancy. Selalunya pakaian saya ada dua jenis yang saya selalu pakai. Kalau hari yang malas, saya akan pilih pakaian yang baggy. Kalau saya ada urusan kerja dan menghadiri sesuatu yang lebih serius, saya akan kenakan pakaian semi-formal dan kasual smart.
Apakah label fesyen kesukaan anda?
Favourite brand saya ada banyak. Zara antara yang saya suka. Kalau kasut, saya suka desain yang lebih simple. Saya bukan seorang collector kasut atau sniker. Saya pakai yang saya rasa nice dan selesa seperti Lacoste atau Tod’s.
Foto: EDMUND LEE (ONE3FOUR STUDIO)
Baca lebih lanjut: Yuna Dilantik Sebagai OPPO Finder Baharu