EH! berpeluang menemu bual barisan pelakon Keluarga Baha Don Musim 3 termasuklah Remy Ishak, Susan Lankester, Amy Mastura, Tony Eusoff, Mark Adam dan juga Tiara Jacquelina yang kembali berlakon selepas 17 tahun.
Keluarga Baha Don kembali untuk musim ketiga. Kesinambungan kepada dua musim siri Viu Original ini penuh dengan komedi unik yang tersendiri dan watak-watak pan-Malaysia yang dekat dengan situasi semasa. Musim ketiga yang mengandungi 10 episod ini akan menyaksikan Jo Don lakonan Remy Ishak, menzahirkan elemen mafia dalam dirinya untuk menewaskan musuh ketat keluarganya.

Keluarga Baha Don Musim 3 akan menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Khir Rahman, Jihan Muse, Susan Lankester, Othman Hafsham, Nam Ron, Tony Eusoff dan banyak lagi. Pelakon baharu yang diperkenalkan dalam musim ini termasuklah Elizabeth Tan, Vicha Saywho Datuk Jalaluddin Hassan, dan Tiara Jacquelina yang membuat comeback selepas 17 tahun berhenti berlakon.

Ikuti temu bual EH! bersama barisan pelakon Keluarga Baha Don Musim 3:
Boleh rumuskan Keluarga Baha Don Musim 3 dalam tiga perkataan?
Susan Lankester: Aksi, fighting dan seksi!
Remy Ishak: Fresh, lebih menyeronokan dan exciting!
Baca lebih lanjut: Selepas Yuna, Wajah Layla Sania Hiasi Times Square New York