
Apakah yang penonton boleh jangkakan untuk Musim 3 ini?
Susan Lankester: Peminat mahupun penonton baharu siri Keluarga Baha Don akan menyukai perkembangan jalan ceritanya, beberapa karakter baharu yang akan menyertai keluarga ini, dan juga dari musim pertama sehingga kini, penonton boleh menyaksikan perkembangan identiti setiap karakter. Dalam musim ketiga ini, penonton juga dapat menjangkakan karakter menjalinkan perhubungan dengan karakter yang tidak disangka.
Apakah cabaran yang dilalui ketika penggambaran dalam situasi pandemik ini?
Amy Mastura: Karakter saya tidak terlibat dalam banyak babak. Tetapi dari apa yang saya lihat semasa menjalankan penggambaran dalam situasi pandemik ini, pihak produksi begitu mengambil berat perihal SOP. Saya berasa sangat selamat dalam penggambaran ini. Sebelum penggambaran, kami perlu melakukan swab test. Sebelum masuk kawasan set, mereka akan ambil suhu badan dan akan sembur sanitizer macam car wash. Oleh itu, kami berasa lebih selamat di set. Orang luar juga tidak dibenarkan masuk. Tahniah kepada Anomalous Films kerana mereka telah lakukan yang terbaik. Dari van sehingga tapak kasut kami pun kena sanitize.

Tiara Jacquelina: Saya juga cukup menghargai semua SOP yang dilakukan oleh Anomalous Films. Mereka adalah contoh sebuah produksi yang sangat profesional. Mereka memberikan kami semua keyakinan untuk kembali bekerja.
Baca lebih lanjut: Desaru Coast Diiktiraf Antara 100 Destinasi Terbaik Dunia 2021 Oleh TIME Magazine