Apakah yang anda suka mengenai musim ketiga ini?

Remy Ishak: Ia lebih menyeronokkan kerana penonton tidak akan puas dengan setiap babak. Ada banyak karakter yang bagus dan masing-masing ada banyak warna. Penonton pasti mahukan lagi.
Tiara Jacquelina: Saya betul suka lokasi-lokasi penggambaran saya.
Mark Adam: Saya ada babak yang berlakon di dalam sebuah jet peribadi. No, I was just kidding hahaha.
Boleh kongsi momen-momen yang paling diingati ketika penggambaran?

Remy Ishak: Worst moment bagi saya adalah ketika hujan. Kalau hujan semua penggambaran perlu dihentikan, terutamanya untuk babak di dalam Safe House di Hulu Langat. Apabila kita berlakon sesebuah karakter, energi itu terpaksa dihentikan disebabkan hujan yang ada sehari itu hujan sehingga tiga kali sehari. Kadang-kadang ada bunyi orang tebang pokok. Energi itu jadi turun naik.
Momen terbaik pula apabila semua barisan pelakon dapat berlakon bersama. Kami seperti sebuah keluarga. Bukan Keluarga Baha Don lagi, apabila karakter-karakter baharu datang ianya seperti sebuah festival.
Tony Eusoff: Sepeti Remy cakap sebelum ini, momen terbaik apabila semua pelakon berkumpul bersama. Secara peribadinya, saya suka apabila adegan associates’ meetings. Saya dapat berjumpa dengan otai-otai. Ramai juga pelakon yang ‘pecah’ seperti Amy Mastura juga ada yang menambahkan ‘kepecahannya’. Itu antara momen yang saya akan hargai selamanya.
Tiara Jacquelina: Saya dapat berlakon dengan Remy Ishak! Itu antara adegan kegemaran saya.

Remy Ishak: Saya nervous berjumpa dengan Tiara Jacquelina. Ketika musim kedua, saya nervous sentiasa kerana barisan pelakon semuanya hebat. Energi mereka mengagumkan seperti Susan Lankaster, Nam Ron, Sabri Yunos dan Khir Rahman, mereka semuanya legenda buat saya. Tapi apabila Tiara Jacquelina masuk dalam musim ketiga ini, dan kami berkongsi banyak adegan bersama.
Tony Eusoff: Bicara tentang legenda, Tiara berlakon semula selepas 17 tahun. Itu adalah masa saya sudah berlakon. Saya bermula semasa Tiara berhenti berlakon. Antara projek pertama saya adalah bersama produksi milik Tiara pada 2004.

Tiara Jacquelina: Saya mahu berlakon semula dalam Keluarga Baha Don. Peluang ini tidak boleh dilepaskan untuk comeback! Pertama kali saya berlakon komedi, dark comedy. Dan saya dapat bermain watak super villain. Sesuatu yang saya tidak pernah lakukan sebelum ini. Saya sebenarnya tidak berani untuk menonton filem aksi pun. Saya senang terkejut. Saya juga takut darah. Bayangkan dalam babak-babak saya semua, saya perlu cross eye dan kaburkan padangan saya suspaya saya tidak dapat melihat set penggambaran. Sudah habis penggambaran baharu saya melihat semua perincian di set. Saya sangat seronok bermain watak ini. Kebebasan bermain watak jahat ini, best!

Episod pertama Keluarga Baha Don Musim 3 akan ditayangkan bermula 29 Julai 2021 secara eksklusif melalui laman penstriman, Viu. Dua episod baharu akan ditayangkan setiap minggu pada hari Khamis. Penonton yang belum menonton Keluarga Baha Don boleh menonton Musim 1 dan 2 di Viu. Muat turun app secara percuma di App Store dan Google Play dan TV pintar terpilih, selain laman rasmi Viu.
Foto: Viu Malaysia
Baca lebih lanjut: Surat Cinta Billie Eilish Buat Los Angeles