Pasangan itu menyambut ulang tahun pertama percintaan mereka baru-baru ini dengan membeli rumah agam di Beverly Hills yang sebelum ini dimiliki oleh aktor Sylvester Stallone, di mana mereka bercadang untuk tinggal bersama anak masing-masing sebagai sebuah keluarga.
Adele mempunyai seorang cahaya mata, Angelo Adkins hasil perkahwinannya selama tiga tahun dengan Simon Konecki. Paul pula bergelar bapa kepada tiga cahaya mata, termasuk seorang anak perempuan yang kini sedang menuntut di kolej.
Menurut penyanyi itu, mereka kini sedang mengubah suai kediaman tersebut untuk menempatkan kesemua anak-anak mereka di bawah satu bumbung, termasuk bakal cahaya mata mereka di masa hadapan.
“Sudah tentu saya mahu lebih ramai anak. Saya seorang suri rumah dan seorang ibu, kehidupan stabil membantu saya menghasilkan muzik,” ujarnya.