“Saya jatuh sakit sehinggakan tidak larat mahu turun dari katil. Saya sudah tidak mampu untuk teruskan. Konsert ini adalah yang terakhir buat saya. Saya sayang anda semua dan terima kasih,” tulisnya.
Selepas beberapa ketika, Demi kembali ke Instagram Story dan memuat naik satu lagi hantaran, “Saya akan cuba bertahan demi anda semua. Saya perlukan bantuan anda untuk menyanyi dengan kuat bersama saya.”
Pelantun lagu Neon Lights itu turut berkongsi fotonya di belakang pentas dan menulis, “Saya kehilangan suara, jadi saya akan kerap halakan mikrofon kepada penonton malam ini. Tolong nyanyi untuk saya.”
Kebelakangan ini penyanyi dan pelakon itu sering berkongsi pergelutannya dengan gangguan pemakanan dan penyalahgunaan bahan terlarang, malah dia juga terbuka bercakap mengenai gangguan bipolar yang dihidapi.