Demi bukanlah satu-satunya penyanyi yang berdepan masalah kesihatan sewaktu menjayakan konsert jelajah. Julai lalu Shawn Mendes turut membatalkan konsert Wonder: The World Tour untuk memberi tumpuan kepada kesihatan mental dan dirinya.
Penyanyi berusia 24 tahun itu mendedahkan dia telah mencapai titik kemuncak akibat tekanan dan perlu berehat daripada membuat persembahan.
“Saya telah menjayakan konsert jelajah sejak berusia 15 tahun dan sejujurnya, berada jauh daripada keluarga dan rakan-rakan adalah sesuatu yang amat sukar.
“Selepas berbincang dengan pakar perubatan, saya perlu mengambil sedikit masa untuk pulih serta menjaga kesihatan diri dan mental, itu paling utama,” katanya.
Baca: Kongsi Mesej Positif, Demi Lovato Bahagia Hidup Sendiri