Bersempena dengan pelancaran musim kedua siri Netflix popular, “Bridgerton”, EH! berpeluang menemu bual barisan pelakon utama iaitu Jonathan Bailey, Simone Ashley dan Charithra Chandran yang akan menerajui siri kali ini.
Berita yang dinanti-nantikan peminat di seluruh dunia sudah tiba. “Bridgerton” kini sudah kembali dengan musim kedua! Siri popular ini kembali dengan barisan pelakon utama baharu seperti Simone Ashley dan Charithra Chandran yang akan mula ditayangkan pada 25 Mac 2022 secara eksklusif di laman penstriman gergasi, Netflix.
Dalam musim kedua ini, “Bridgerton” akan fokus kepada misi pencarian cinta oleh Lord Anthony Bridgerton iaitu anak pertama dalam keluarga Bridgerton. Pencarian itu menjadi rumit apabila gadis pilihannya, Edwina Sharma mempunya kakak yang tegas bernama Kate Sharma. Seperti hubungan tiga segi, Anthony harus memilih antara tanggungjawab kepada keluarga ataupun cinta.
Pengarang Gaya Hidup EH! berpeluang untuk menemu ramah bintang-bintang utama Bridgerton musim kedua iaitu Jonathan Bailey, Simone Ashley dan juga Charithra Chandran:
Musim ini, penonton dapat melihat kematangan dalam karakter Anthony. Apakah yang peminat boleh menjangkakan daripada watak anda kali ini?
Jonathan: Saya mengharapkan penonton dapat memahami dengan lebih mendalam tentang Anthony. Apa yang pernah terjadi kepadanya pada waktu dulu. Ketidak mampuannya untuk menjalani kehidupan dengan cara yang lebih sihat. Pada episod awal musim ini, penonton dapat memahami mengenai sistem patriakal dalam masyarakat dahulu. Dia sebagai anak lelaki perlu mewarisi tanggungjawab keluarga, dan dalam masa yang sama masih diselubungi dengan kesedihan. Ia seperti evolusi dirinya telah dicuri melalui kesedihan dan tanggungjawan kepada keluarga untuk memberikan sokongan, dan menjadi ‘bapa angkat’ kepada adik-adiknya serta ‘suami angkat’ kepada ibunya juga. Dia perlu berhadapan dengan isu-isu tersebut sebelum dia bersedia untuk membuka hati kepada cinta. Itulah yang membuat kisahnya lebih menarik, dan Kate pula seperti pasangan yang sempurna kepadanya kerana mereka berkongsi pengalaman yang hampir sama.
Simone: Ia sangat menarik menyaksikan dua karakter yang “dominan” dan mengetuai keluarga masing-masing bersatu. Pertemuan yang terbaik tetapi juga sangat berbahaya kerana mereka tidak perlu menjawab kepada orang lain kecuali diri mereka sendiri.
Baca lebih lanjut: Mengapa Anugerah Akademi Digelar Sebagai Oscar?