Dengan kejayaan Bridgerton pada musim pertama, apakah perasaan anda berpeluang menyertai siri ini?
Simone: Sangat mengujakan! Saya sangat bersyukur diberikan karakter ini. Saya masih lagi ingat ketika musim pertama keluar ketika musim Krismas, dan saya masih lagi dalam penggambaran siri Sex Education ketika itu. Kami semua berada di dalam kereta dan berborak menegani Bridgeton, dan kini ditawarkan peluang untuk menyertainya, betul-betul mengujakan. Saya mendapat tawaran ketika masih bekerja untuk projek lain, dan tidak boleh berkongsi kepada sesiapa pun.
Charithra: Ia seperti gabungan antara keterujaan serta gementar untuk menyertai musim kedua ini. Pertamanya, saya gembira dapat menyertai rancangan yang disukai ramai dan cukup berjaya, dan hasilnya pasti akan memukau. Kedua pula, ia memberikan tekanan kepada diri. Saya berharap musim kedua ini akan menepati ekspektasi penonton dan peminat.
Apakah perasaan anda sebagai wanita berbangsa India atau Asia Selatan, yang berkulit gelap terpilih untuk menerajui siri televisyen sebesar ini?
Charithra: Saya pasti Simone akan bersetuju jika saya kata itulah sebab mengapa kita melakukannya. Sepanjang hidup saya dan membesar dengan berkulit gelap itulah saya selalu dengar. Nenek saya berkulit cerah. Orang-orang di jalanan India akan memberitahu saya akan lebih comel jika saya mempunyai kulit seperti nenek saya. Lebih-lebih lagi buat mereka yang berketurunan Tamil seperti kami. Secara naturalnya berkulit gelap.
Apa yang saya suka mengenai rancangan ini ia meraikan dua wanita seperti kami. Bukan hanya kerana luaran kami. Kedua-dua pelakon utama musim ini berkulit gelap tetapi ia bukan itu sahaja. Ia memberikan statement yang kuat, tetapi ia bukan menjadi fokus utama. Ianya lebih berkuasa daripada itu.
Simone: Saya sukakan warna kulit saya! Saya merasakan, saya sentiasa mencuba untuk tidak memberikan perhatian kepada perkara ini yang masih menjadi isu dalam dunia hari ini. Suka atau tidak, kami diberikan peluang dan platform untuk mewakili serta memberikan mesej kepada penonton.
Apa yang saya boleh lakukan dengan ruang ini adalah menyuntikkan keseronokan kepada perkara ini, dan menjadikan ia perkara normal. Juga memberikan suara kepada wanita-wanita berkulit gelap, terutamanya wanita India untuk untuk tidak gentar untuk menjalani kehidupan yang terbaik dan sepenuhnya.
Charithra: Apa yang boleh saya tambah adalah semua bahagian produksi seperti pencahayaan, kostum dan solekan, mereka semua mahu memastikan kulit kami kelihatan cantik dan bersinar di dalam skrin. Enam tahun lalu mungin tidak seperti ini. Saya bersyukur dengan pencapaian dan perjalanan industri seni selama ini yang mahu melihat wanita seperti kami berjaya.
Jonathan: Saya juga mahu menambah. Apabila saya pertama kali melihat poster untuk musim kedua, diapit oleh dua wanita hebat seperti mereka merupakan antara momen yang paling membanggakan bagi saya.
Baca lebih lanjut: Alami Tarikan Baharu Di Club Med Phuket