Bintang Spider-Man, Tom Holland mendedahkan perancangannya untuk berehat daripada industri hiburan.
Ketika mempromosikan filem terbaharunya Spider-Man: No Way Home, Tom berkata tujuannya adalah untuk memberi fokus pada kehidupan peribadi dan memulakan keluarga.
“Saya bekerja keras sebagai pelakon sejak enam tahun lalu. Saya mahu berehat seketika dan memberi tumpuan untuk membina keluarga selain memikirkan apa yang saya mahu lakukan di luar dunia ini,” katanya.
Pelakon berusia 25 tahun itu bakal tampil menerusi filem Uncharted pada tahun hadapan dan baru sahaja dipilih untuk membintangi filem biopik mengenai pelakon legenda popular, Fred Astaire.