Tom turut mendedahkan dia mungkin telah bergelar guru jika tidak terlibat dalam dunia lakonan kerana dia gemar menjaga kanak-kanak.
“Saya sukakan kanak-kanak. Saya tidak sabar mahu bergelar bapa – saya boleh menunggu dan akan menunggu, tetapi saya tidak sabar! Jika menghadiri parti atau majlis perkahwinan, saya sentiasa akan berada bersama kanak-kanak.
“Ayah menjadi contoh yang hebat buat saya sejak kecil dan saya belajar banyak daripadanya. Jadi rasanya saya pasti akan bergelar guru sekolah rendah atau sesuatu seperti itu,” jelasnya.
Pelakon itu kini dikhabarkan sedang menjalin hubungan dengan rakan pelakon Spider-Man, Zendaya setelah dirakam berkucupan di dalam sebuah kereta.