Setelah sebulan peminat berteka-teki, Scha Alyahya dan Awal Ashaari akhirnya mendedahkan nama anak kedua mereka kepada umum.
Berita itu dikongsikan menerusi program realiti eksklusif terbitan Astro, Schawal Baby Boom 2021 sempena sebulan usia anak kedua mereka yang dilahirkan pada 12 Februari lalu.
Dalam rakaman tersebut, Awal meminta puteri sulungnya, Lara Alana untuk membuat pengumuman. Dengan wajah penuh teruja, Lara membaca nama yang tertulis di atas sebiji kek.
“Nak tahu nama adik tak? Lyla Amina. Saya pilih nama ini sebab ia sangat indah dan hampir sama dengan nama saya.”
Jelas Awal, dia menyenarai pendek dua pangkal nama iaitu LA dan LY namun keliru untuk membuat pilihan.
“LA atau LY, dua huruf ni yang buat saya tak boleh tidur malam. Temu janji dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah buat waktu itu. Nama pula tak putuskan lagi. Nasib baik isteri dapat menyelesaikan perkara ini,” katanya.
Tambah Awal, Lara menginginkan nama Lela yang telah dipilih sejak adiknya masih dalam kandungan lagi manakala dirinya dan Scha jatuh hati dengan nama Aminah, nama ibu Nabi Muhammad. Cukup simbolik dan indah!
“Selepas perbincangan, kami putuskan nama Lyla Amina yang membawa maksud jujur, dipercayai dan beriman. Doakan Lyla menjadi anak yang solehah.”
Pasangan itu turut berkongsi akaun Instagram khas untuk puteri kedua mereka iaitu @lylaaminaa. Ikuti sekarang untuk melihat foto-foto comel Lyla Amina!
Foto: Mstar
Baca: Gambar & Video Comel Lara Alana Bermain Salji Di Jepun