Hampir dua bulan melahirkan cahaya mata kedua, Scha Alyahya dilihat telah pun kembali langsing persis zaman anak daranya.
Ini menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat yang mengagumi usaha Scha dalam mengembalikan susuk dan berat badan ideal.
Namun ternyata pelakon Bikin Filem ini tidak mempunyai amalan tertentu. Rahsianya hanyalah pada pemakanan seimbang.
Ujar Scha, dia tidak terlalu memikirkan soal berat badan selepas bersalin dan setelah tamat tempoh berpantang, dia hanya mengamalkan pemakanan sihat.
“Mungkin sebab saya tinggi, jadi orang nampak kurus, tapi sebenarnya bahagian seperti perut nampak lagi.
“Apabila ramai bertanya saya di Instagram dan mesej peribadi (DM) adakah saya sudah dapat berat badan asal dan bagaimana saya buat, bagi saya ia bukan keutamaan. Yang penting saya sihat,” katanya.