Tambah Scha, dia turut meminta pandangan doktor dan dinasihatkan untuk menjaga pemakanan kerana itu yang paling utama terutama buat ibu yang menyusukan bayi. Dia mengakui kini telah pun berjaya mencapai berat badan ideal.
“Alhamdulillah, saya sudah mendapat berat yang dulu. Mungkin sebab saya menyusukan anak. Alhamdulillah, rezeki Lyla pun banyak. Jadi, fokus saya adalah kesihatan dahulu. Nanti kalau nak fikirkan berat, itu belakang kira,” katanya.
Dan atas sebab menyusukan bayi juga, Scha terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon.
“Saya ada mendapat tawaran dan soalan pertama pengarah adalah sama ada saya bersedia untuk mula bekerja atau tidak. Itu yang saya pertimbangkan sekarang ini.
“Mungkin untuk berlakon belum lagi kerana Lyla masih kecil, sekarang ini saya menyusukan dia,” katanya.
Scha mendirikan rumah tangga dengan Awal Ashaari pada tahun 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Lara Alana, 7 tahun dan Lyla Amina yang hampir memasuki usia dua bulan.
Foto: Generationt.asia
Baca: Simbolik Nama Puteri Kedua Scha Alyahya & Awal Ashaari