Boleh kata ramai yang tertanya-tanya sebab kenapa penyanyi lagu yang pernah menjadi hangat pada tahun 2014 iaitu Chandelier tidak mahu menunjukkan wajahnya setiap kali membuat persembahan. Jadi ini jawapannya.
The point of fame, for most celebrities, is to be famous. Tetapi bukan bagi penyanyi bernama Sia yang berjaya menjadi tumpuan ramai di beberapa acara penganugerahan dan muncul di Saturday Night Live meskipun tanpa menunjukkan wajahnya.
“Dia tidak menunjukkan wajahnya. Dia juga tidak menonjolkan dirinya di luar sana,” kata penari Maddie Ziegler yang sering kali membuat tarian untuk lagu-lagu Sia dan mula melonjak naik namanya menerusi video muzik Chandelier.
Sia menyorokkan wajahnya dengan aksesori seperti riben besar, rambut palsu dan banyak lagi aksesori kepala yang lain. Kadang-kala dia tidak langsung muncul di atas pentas dan membiarkan penarinya seperti Ziegler untuk tampil mewakili dirinya.
Sama juga ketika di karpet merah. Ketika di parti Spotify, Sia tampil dengan riben hitam besar dengan rambut palsu yang menutupi wajahnya. Manakala di anugerah Grammys 2015, dia mengenakan aksesori gergasi di atas kepalanya.
“If anyone besides famous people knew what it was like to be a famous person, they would never want to be famous,” tulis Sia di Billboard pada tahun 2013.
Sia merupakan seorang yang mahu mencipta muzik yang terbaik dan pada masa yang sama boleh keluar membeli kopi di Los Angeles tanpa diganggu sesiapa dek kerana tiada siapa yang tahu akan wajah sebenarnya.
“Saya berada di pusat membeli-belah (Target) beberapa hari yang lalu membeli barangan dan tiada siapa yang mengenali saya. Pada ketika itu lagu saya sedang dimainkan di radio. Jadi saya fikir, ok eksperimen ini menjadi.” Sia memberitahu portal E!.
Ziegler memberitahu yang Sia sememangnya seorang wanita yang normal.
“Saya berada di kediamannya di LA yang mana ada suami dan anjing-anjingnya. Saya seakan keluarganya sekarang ini. Dia layani saya seakan seorang anak. Tiada siapa yang tahu Sia sebenarnya sudah berkahwin. Dia mempunyai loghat Australian, kata Ziegler kepada USA Today.
“Saya hanya mahukan kehidupan privasi,” kata Sia kepada New York Times.