Ramai yang terkejut akan kehadiran Putera Harry yang mencemar duli ke Pertabalan Raja Charles III di Westminster Abbey berseorangan tanpa Meghan Markle disisinya.
Acara bersejarah selepas 7 dekad, menyaksikan Putera William, Kate Middleton dan Putera George menjalankan peranan keluarga Diraja pada pertabalan Raja Charles III dan Permaisuri Camilla yang ditonton oleh lebih 18 juta penonton secara rasmi. Namun, disebalik kegemilangan bersejarah yang diraikan, kelibat Meghan Markel tidak kelihatan di Westminster Abbey membuatkan orang ramai berteka teki akan kewujudannya yang tiada di sisi Putera Harry.