Istana Buckingham mengesahkan bahawa Putera Harry akan membuat perjalanan pulang ke Britain seorang diri tanpa keluarga untuk melihat bapanya, Raja Charles III dinobatkan sebagai raja. Dikatakan, Meghan, The Duchess of Sussex, akan tinggal di rumah di AS bersama anak-anak mereka apabila perayaan bersejarah itu berlangsung.
Kenyataan rasmi turut mengatakan, Istana Buckingham dengan sukacitanya menjemput Duke of Sussex untuk menghadiri Perkhidmatan Pertabalan di Westminster Abbey pada 6 Mei namun Meghan membuat keputusan untuk tinggal di rumah bersama anak mereka di AS.
Meghan yang menerima jemputan khas dari Istana Buckingham, membalas jemputan berkenaan dengan; “Duchess of Sussex akan kekal di California bersama Putera Archie dan Puteri Lilibet untuk menyambut hari lahir Putera Archie.”
Anak lelaki sulung kepada pasangan berkenaan sebelum ini dilahirkan di Hospital Portland di London pada 6 Mei 2019 dan berkongsi tarikh istimewa pada masa yang sama dinobatkan oleh datuknya sebagai Raja.
Baca: 15 Fesyen Memukau Tetamu Di Istiadat Pertabalan Raja Charles III