Segalanya tentang kisah cinta antara Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan YM Dayang Anisha Rosnah Isa-Kalebic sebelum menjelangnya perkahwinan 10 hari mereka tidak lama lagi.
Setelah mengumumkan berita pertunangan Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha Isa Kalebic pada tiga bulan lalu, kini profil kedua pasangan sejoli ini mulai menarik perhatian rakyat seluruh dunia akan kisah cinta mereka.
Imbas kembali kisah cinta Putera Mateen dan Dayang Anisha sebelum menjelangnya acara perkahwinan mereka selama 10 hari:
#1 Dilaporkan Telah Bercinta Lama
Putera Mateen merupakan anak ke-empat lelaki Sultan Hassanal Bolkiah dan anak ke-10 daripada adik-beradik. Manakala Dayang Anisha adalah cucu kepada penasihat khas Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pehin Dato Isa.
Dilaporkan kedua pasangan sama padan ini telah lama berkenalan dan berpacaran selama beberapa tahun. Anisha mula mula menarik perhatian media apabila beliau dilihat berpasangan dengan Putera Mateen pada majlis perkahwinan Di-Raja kakaknya, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, pada Januari 2023.
#2 Pertunangan 3 Bulan
Berita pertunangan Putera Mateen dengan Dayang Anisha mula dikongsikan melalui kenyataan rasmi bapanya, Sultan Haji Hassanal Bolkiah, pada Oktober 2023.
“Dengan titah Di-Raja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Negara Brunei Darussalam, pihak istana telah mengumumkan majlis perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen dan Anisha Isa Kalebic yang akan diadakan dari 7 hingga 16 Januari 2024,”.
#3 Sambut Tahun Baharu 2024 Bersama
Seminggu sebelum majlis perkahwinan Keluarga Di-Raja dimulakan, Putera Abdul Mateen berkongsi sebuah foto merakamkan dirinya bersama tunang untuk ucapan tahun baharu 2024 di Instagramnya.
Kapsyen pada foto itu, “Semoga yang terbaik untuk 2024 💫.” Sentimen itu ditulis bersama imej pasangan itu berdiri sebelah menyebelah, Mateen memakai sut biru manakala Anisha tersenyum di sebelahnya dengan blazer krim. Tangannya juga disilangkan di hadapannya, mempamerkan cincin pertunangan berlian yang besar.
#4 Wedding of The Year
Putera Mateen dan Dayang Anisha sedang bersiap sedia untuk upacara perkahwinan Di-Raja Brunei selama 10 hari, bermula pada 7 Januari 2024 dan berakhir pada 16 Januari 2024.
Upacara perkahwinan Di-Raja bakal berlangsung pada 11 Januari, di mana Putera Raja dan tunangnya akan melangsungkan majlis akad nikah di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien.
Perayaan perkahwinan lain termasuk resepsi perkahwinan, jamuan mewah, iringan muzik dan perarakan Di-Raja sekitar ibu negara Brunei Bandar Seri Begawan pada 14 Januari.
#5 Udangan VVIP
Perkahwinan Di-Raja Brunei ini bakal menyaksikan beberapa tetamu Di-Raja dari seluruh dunia termasuk Putera William dan Kate Middleton dari Istana Buckingham.
Baca: 3 Fakta Menarik Mengenai Anisha Isa, Bakal Isteri Putera Mateen