Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram DJ Nas-T dan Atita Haris
Beberapa minggu lalu, DJ Nas-T atau nama sebenar Nas Muammar Zar Nasruddin mengakui yang dirinya sudah pun bernikah dengan selebriti Instagram Atita Haris, seorang ibu tunggal.
Semalam, di sebuah sidang media, Nas-T dan Atita membuat pengakuan tersebut untuk menjelaskan tentang pernikahan mereka yang dirahsiakan. Pasangan yang sama cocok sama padan ini bernikah di Surau Al-Ikhlas, Seksyen 19, Subang Jaya pada Jumaat lalu yang bertarikh 29 Januari 2016, kira-kira jam 10.30pagi.
“Sebenarnya, kami tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinan ini. Tapi, apabila berita kami menghadiri kursus kahwin sudah tersebar, ibu bapa kami meminta agar tarikh perkahwinan dipercepatkan. Maklumlah, masing-masing sedang berdarah manis. Majlis itu hanya dilakukan secara tertutup dan dihadiri oleh kaum keluarga terdekat sahaja,” ujar pasangan ini.
Majlis resepsi mereka pula bakal diadakan pada 4 Mac berlokasi Hotel One City, Subang Jaya. EH! kongsikan gambar sekitar majlis pernikahan Nas-T dan Atita Haris.
[soliloquy slug=”pernikahan-nas-t-dan-atita-haris”]