Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Amy Search
Selamat diijab kabulkan pada 25 Disember tahun lalu, kini Nabila Huda selamat melangsungkan majlis resepsi perkahwinannya dengan Mohd Izwan Johar disebelah pihak keluarga Nabila pula.
Sebelum ini, resepsi perkahwinan dua merpati sejoli ini sudah diadakan secara sederhana di kediaman keluarga Izwan di Shah Alam. Kali ini, resepsi Nabila dan Izwan dilangsungkan dengan bertemakan Melayu tradisional.
Nabila dan Izwan lengkap mengenakan busana serba hijau sedondon hasil rekaan pereka fesyen terkenal tempatan, Syaiful Baharim.
EH! kongsikan gambar di sekitar majlis resepsi Nabila Huda yang penuh istiadat Melayu tradisional dari segi pelamin, pakaian dan adat tradisi perkahwinan melayu turun-temurun. Seperti menyaksikan pementasan bangsawan apabila keluarga dan tetamu hadir bak hulubalang dan puteri jelita.
[soliloquy id="92911"]