Minari (2020)
Filem yang dibintangi oleh Steven Yeun dan Yeri Han ini berkisar tentang pendatang Korea-Amerika yang berpindah ke rumah ladang di Arkansas bersama ibu dan anak-anak mereka demi mengejar impian.
Diterbitkan oleh Plan B Entertainment milik Pitt, filem ini membawa pulang trofi Pilihan Juri Dan Penonton di Festival Filem Sundance tahun lalu.
Minari menerima enam pencalonan tahun ini termasuk Filem Terbaik. Pitt sebagai penerbit eksekutif berpeluang menyerahkan sendiri trofi Oscar kepada Youn Yuh-jung yang memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, menjadikannya wanita Korea pertama membawa pulang trofi kategori tersebut.