12 Years a Slave (2013)
Pitt memenangi Oscar pertamanya sebagai penerbit menerusi filem arahan Steve McQueen, 12 Years a Slave. Ia melakar sejarah di Anugerah Akademi sebagai filem pertama arahan pengarah kulit hitam yang memenangi Oscar sejak acara anugerah itu diterbitkan pada 1929.
Filem ini berkisar tentang perjalanan hidup Solomon Northup (Chiwetel Ejiofor), seorang lelaki berkulit hitam dari New York yang diculik dan dijual sebagai hamba.
Lupita Nyong’o yang memenangi trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem ini mendedahkan pengalamannya saat pertama kali bertemu Pitt.
“Saya masih terasa bagaikan mimpi apabila nama saya disebut sebaris dengan nama-nama hebat seperti Brad Pitt. Ketika diuji bakat untuk filem terbitannya ini, saya terfikir pasti akan menemuinya satu hari nanti. Saya tidak akan mengatakan saya terpesona, ia lebih kepada terpana. Saya tidak menyangka ia benar-benar terjadi,” katanya.
Foto: Raillynews