Tahniah! Dalam diam Dayana Roza telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 20 Julai lalu.
Bayi Dayana dilahirkan pramatang dengan berat 2.4 kilogram menerusi kelahiran normal di sebuah hospital swasta di ibu kota.
Jelasnya, kelahiran pramatang bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam kehidupannya.
“Saya sendiri lahir tidak cukup bulan. Malah adik saya juga mengalami situasi sama. Jadi, ia bukan sesuatu yang pelik dalam keluarga saya. Namun saya bersyukur kerana tiada sebarang komplikasi,” katanya.